Tiny Techies Mesin vs Robot Apa Bezanya
16 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2026, dua orang peserta telah mengikuti sesi Tiny Techies Mesin vs Robot Apa Bezanya yang dijalankan melalui platform NADIBOOK. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai perbezaan antara mesin dan robot serta fungsi masing-masing dalam kehidupan seharian.
Dalam sesi ini, peserta turut didedahkan bahawa mesin merupakan alat yang membantu memudahkan kerja manusia manakala robot adalah mesin yang lebih canggih dan boleh diprogram untuk menjalankan tugas secara automatik. Selain itu, peserta juga mempelajari contoh penggunaan mesin dan robot dalam pelbagai bidang seperti industri, perubatan dan kehidupan harian. Sesi ini turut menekankan kepentingan memahami teknologi sejak awal bagi meningkatkan minat serta pengetahuan dalam bidang sains dan inovasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: